Sabtu, 19 Oktober 2019

Ragam dan Laras Bahasa



Nama : Calvin Wahab
NIM    : 193309010127

TUGAS
1. Tuliskan kembali pengertian ragam bahasa dan laras bahasa dengan kalimat anda sendiri dan jelaskan pengertian jenis laras Bahasa beserta contoh.
2. Buatlah sebuah ilustrasi atau penjelasan dan contoh jenis laras Bahasa.

PENYELESAIAN
      Ragam Bahasa adalah bentuk bahasa yang bervariasi yang digunakan pada konteks dan situasi tertentu.
Laras Bahasa adalah bentuk bahasa yang digunakan untuk suatu tujuan dan suatu kesesuaian antara bahasa itu sendiri dengan pemakaiannya.
Macam-macam laras bahasa antara lain sebagai berikut :
     1.      Laras ilmiah
     2.      Laras sastra (puisi, cerpen, novel, dll.)
     3.      Laras jurnalistik (berita, editorial, iklan, dll.)
     4.      Laras hukum
     5.      Laras kedokteran

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, yaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan, pengetahuan, peneranagn, dan maklumat.
Laras khusus merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeda utama yang membedakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah: kosa kata, tata bahasa, dan gaya.

1. Laras Bahasa Biasa,
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan, pengetahuan, peneranagn, dan maklumat. Kalimatnya sederhana, ringkas, dan padat. Contoh : Dilarang menginjak rumput.

2. Laras Bahasa Khusus
a.  Laras Perniagaan
     Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang amat menarik. kata yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Contoh : Buruan, setiap pembelian LCD Skrin Televisyen Pensonic bonus  Smartphone Samsung.

b.  Laras Akademik
    Laras akademik boleh dibagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras bahasa sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fisika.
     Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras sains dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan hidrogen dan oksigen (H2O).
c.   Laras Media Massa
Laras media massa kurang mementingkan gaya, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan logis dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton.
Contoh : Pasukan merah putih telah memalukan pihak lawan di kandang lawan dengan skor dua gol tanpa balas.

d.    Laras Rencana
Laras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah keberbahagiaan idea mengenai sesuatu tajuk yant diperkatakan
Contoh: Karena baru dilancarkan, kejayaan model terbaru belum dapat diukur sepenuhnya. Berbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahannya perlu diambil. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan berbagai rintangan sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dam luar negeri.

e.       Laras Sastra
Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahas sastra juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bedanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusastraan serta hubungan antar kedua-duanya.
Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusastraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej, dan watak yang mengandungi unsur-unsur personifikasi dan metafora.

Sumber:
http://rezaadipr.blogspot.com
https://my.academia.edu/MochGhufron


1 komentar: